Bukan Main Romantik Lagi Caption Sari Yanti, Tapi Bila Baca Apa Yang Jep Reply.. Berdekah Gelak Wei, Hahaha..

Bagi yang mengikuti perkembangan pasangan selebriti popular Jep Sepahtu dan isterinya, Sari Yanti, pastinya sudah tahu betapa sepadannya pasangan ini. Mereka juga dilihat sangat comel bersama, tambah-tambah lagi apabila Sari Yanti telah mula memakai hijab dan telah melahirkan seorang puteri yang diberi nama Dariya.

Semalam, Sari Yanti ada berkongsi satu foto throwback semasa masih berkawan dengan Jep pada 2 tahun yang lalu. Menurut kapsyen beliau, ketika itu mereka berada di Jepun dan beliau memuji kebaikan yang ditonjolkan oleh Jep sewaktu zaman perkenalan mereka.

KEJAP JE DAH 2 TAHUN

Tapi yang paling menarik perhatian adalah komen balas yang diberikan oleh Jep sendiri terhadap kapsyen Sari Yanti. Jep hanya membalas ringkas dengan jawapan Alhamdulillah sebelum menyambung dengan soalan tentang Dariya pula.

Komen tersebut mengundang gelak tawa dan juga kegeraman para netizen yang melihatnya. Rata-rata mereka masih tak boleh menerima respon pendek Jep sedangkan Sari Yanti telah membuat kapsyen yang sweet dan panjang berjela kepadanya.

NI MEMANG PESYEN AYAH2 EK


KORANG TAKDE WASAP KE


PENAT SI IBU BERCERITA LAST2 ANAK DITANYA

Be the first to comment on "Bukan Main Romantik Lagi Caption Sari Yanti, Tapi Bila Baca Apa Yang Jep Reply.. Berdekah Gelak Wei, Hahaha.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*