Jom kita berkenalan dengan artis comel bernama Hannah Delisha!

Nama Hannah Delisha mula melonjak naik gara-gara drama berjudul Mencintaimu Mr. Photographer yang dilakonkan bersama Syafiq Kyle. Di samping memiliki wajah yang comel, gadis berasal dari Singapore ini juga dikurniakan dengan bakat lakonan.

Jom kita berkenalan dengan artis comel bernama Hannah Delisha!
Nama Penuh: Hannah Adlina Blackburne Birch
Nama Artis: Hannah Delisha
Umur: 21 tahun (2017)
Tarikh Lahir: 27 Oktober 1996
Asal: Singapura
Agama: Islam
Warganegara: Singapura
Keturunan: Kacukan Inggeris (ayah) dan Melayu Singapura (ibu)
Adik-Beradik: Mia Delisha
Kerjaya: Pelakon, Penyanyi Pengacara TV, Model dan Jurucakap Produk
Single Lagu: Retak, Anugerah dan Tidak Perlu Kata Apa-Apa
Drama: Kathy Gerenti, Bingit Musim ke-4: Kurnia, Faculty, 7 Hari, Mencintaimu Mr Photographer
Telefilem: Spaghetti Kuah Kacang
Twitter: https://www.twitter.com/hannahdelisha
Facebook: https://www.facebook.com/delishafanpage
Instagram: @hannahdelisha
Perkara Menarik Tentang Hannah Delisha
Hannah Delisha merupakan bekas anggota kumpulan duo Delisha, yang dianggotai beliau sendiri dan adik-beradiknya Mia Delisha. Hannah Delisha menyukai makanan Melayu seperti masak lemak cili padi, asam pedas, ulam-ulaman dan sambal.

Hannah Delisha pandai bertutur dalam pelbagai bahasa termasuklah Hindi, Jepun, Arab, Inggeris, Sepanyol, Cina selain fasih berbahasa Melayu. Ibu Hannah Delisha adalah seorang penyanyi di zaman 80-an iaitu Noor Ashikin Ahmad yang lebih mesra dipanggil ‘Kakcik Wujud’.

Hannah Delisha pernah memenangi anugerah ‘Personaliti Wanita Paling Popular’ pada Pesta Perdana ke-14 pada tahun 2017.

 

Be the first to comment on "Jom kita berkenalan dengan artis comel bernama Hannah Delisha!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*