Sejarah Kewujudan Vaksin Dan Kegunaan Kepada Manusia Sejagat

SEJARAH VAKSIN

Zaman dahulu, maksud saya sejak lebih ribuan tahun lampau, terdapat sejenis penyakit berjangkit yang dinamakan SMALLPOX. Penyakit ini sudah tidak ada zaman sekarang, WHO sudah mengisytiharkan penyakit ini eradicated sejak tahun 1979.

Penyakit smallpox, menyebabkan penghidapnya mengalami luka seperti bisul di seluruh badan. Cecair luka ini (nanah), jika terkena orang lain, menyebabkan orang tersebut pula dijangkiti.

Ada orang yang dijangkiti penyakit ini, mendapat luka dan nanah yang sangat besar, menyebabkan pendarahan (hemorrhagic) seterusnya kematian. Penyakit smallpox membawa 50-75 peratus kematian, manakala jenis hemorrhagic, 100 peratus kematian.

Anda boleh Google sendiri melihat bagaimana keadaan orang yang menghidapi penyakit ini.

Zaman dahulu kala, ilmu perubatan dan sains adalah terhad. Tidak ada mikroskop. Tidak ada makmal khas. Namun, cerdik pandai zaman dahulu, melakukan pemerhatian.

Mereka melihat, kenapa ada orang yang dijangkiti smallpox, ada yang mati, ada yang tidak mati?

Lalu mereka mencuba (bereksperimen). Mereka mengambil nanah dari orang yang dijangkiti smallpox tapi tidak mati, dan memasukkan nanah tersebut ke luka orang yang sihat. Mereka mendapati, orang yang sihat tersebut, dijangkiti juga smallpox. Terdapat luka dan bisul di badan, namun lama kelamaan ianya hilang. Orang ini, tidak mati.

Ini yang dinamakan INOCULATION. Sejarah inoculation boleh dijumpai dari pelbagai bangsa. Terdapat rekod menceritakan mengenai inoculation berlaku di India, pada 1000 tahun sebelum masihi. Ada rekod yang lebih jelas mengatakan di China, tabib sudah mengamalkan INOCULATION sejak tahun 1500 selepas masihi.

Hasil dari inoculation ini, mereka para cendekiawan cerdik pandai zaman dahulu, membahagikan smallpox kepada dua jenis. Variola Minor, adalah jenis smallpox yang hanya membawa 1% kematian. Variola Major, adalah jenis smallpox yang lebih serius, mencecah 100% kematian.

Hasil dari pembahagian tersebut, istilah VARIOLATION digunakan, iaitu proses menjangkitkan smallpox variola minor kepada seseorang, agar dia terhindar dari smallpox variola major. Istilah variolation itu sendiri, berasal dari perkataan variola iaitu nama lain bagi smallpox.

TURKI UTHMANIYAH

Kerajaan Turki Uthmaniyah, adalah antara tamadun yang menggunakan teknik variolation kepada penduduknya. Antara dokumentasi terawal prosedur variolation di Istanbul, adalah dari individu bernama Lady Mary.

Pada tahun 1716, Lady Mary berada di Istanbul kerana abang iparnya Edward Montagu dilantik menjadi duta di Istanbul.

Ketika berada di Istanbul, Lady Mary melihat adanya praktis variolation yang diamalkan kerajaan Turki Uthmaniyah kepada rakyatnya. Lady Mary mendokumentasi prosedur ini dengan baik.

Pada tahun 1721, apabila keluarga Montagu pulang ke Britain, dokumentasi Lady Mary dikaji dengan teliti oleh doktor keluarga mereka. Malah, doktor tersebut, Emmanual Timoni, mencuba variolation kepada dua orang anak Lady Mary sendiri, dan alhamdulillah, berjaya!

Pada ketika itu (tahun 1721), wabak Smallpox sedang melanda Britain. Doktor-doktor mendapat tahu mengenai hasil rawatan Emmanual Timoni. Mereka juga mencuba teknik variolation, pada mulanya ke atas banduan-banduan, dan didapati kebanyakan mereka ini sembuh dan terselamat dari wabak.

Sejak dari itu, kaedah variolation ini digunakan di Britain selama 70 tahun, dalam tempoh ini ramai saintis dan doktor di sana mengkaji cara untuk memperbaiki teknik variolation ini.

VACCINATION

Antara saintis tersebut, adalah Edward Jenner. Pada tahun 1796, beliau mendapati penyakit smallpox ini, bukan hanya menjangkiti manusia, tetapi juga lembu. Menariknya, tidak seperti manusia, penyakit smallpox lembu (cowpox) tidak menyebabkan kematian pada lembu.

Edward Jenner mendapati lagi, bahawa menurut pemerhatian beliau, pekerja-pekerja pemerah susu lembu ketika itu, ada yang dijangkiti cowpox juga. Tetapi mereka ini, sekadar mendapat bisul kecil dan gatal pada tangan sahaja, tiada kesan lain. Dan tiada dalam kalangan mereka ini, menghidapi smallpox!

Edward Jenner membuat hipotesis yang cukup berani. Beliau mencuba teknik variolation, tetapi kali ini, instead of smallpox, beliau menggunakan cecair dari cowpox. Beliau membuat hipotesis, bahawa sesiapa yang sudah dijangkiti cowpox, mereka akan mendapat imuniti dari smallpox.

Teknik ini, dinamakan vaccination. Malah, istila vaccination itu sendiri, berasal dari perkataan vacca yang bermaksud, lembu.

The rest, is history. Hipotesis beliau, terbukti benar. Para saintis menjadi sangat teruja dengan penemuan tersebut, mengkaji apa lagi method lain yang boleh digunakan untuk induce immunity pada manusia.

A long way has come since tahun tersebut 1796. Pelbagai teknik ditemui, acellular, attenuated, live pathogen etc. Dan bukan sekadar untuk smallpox bahkan pelbagai penyakit lain lagi. Semua teknik ini, tetap dinamakan vaccination atas prinsip yang sama – mencetuskan imuniti buatan bagi melindungi manusia, khasnya bayi dan kanak-kanak.

Begitulah hebatnya ilham yang Allah kurniakan kepada manusia, hasil dari pemerhatian ke atas alam ini. Satu persatu rahsia alam kita rungkai, yang akhirnya membawa kepada penemuan hasil kajian yang bermanfaat pada manusia sepakat.

Adalah tidak logik, mengatakan vaksin ini bukan ilmu Allah. Bukan kaedah Islam. Walhal kajiannya, penemuannya, adalah menggunakan deria yang Allah bagi, akal yang Allah kurniakan.

INOCULATION, VARIOLATION, VACCINATION :
Cubaan Antivaks Untuk Mengelirukan Orang Awam

Tentulah, apabila kita ceritakan sejarah ini kepada golongan antivaksin, mereka akan melatah.

Mereka akan berkata,

“Itu variolation! Variolation, tak sama dengan vaccination!”

Maka, kita minta lah mereka terangkan kepada kita, apa bezanya. Kelihatannya mereka lebih pandai dan arif =)

Perbezaan variolation dan vaccination, adalah perbezaan dari segi istilah dan atas konteks sejarah sahaja. Zaman sekarang, mana ada lagi orang menggunakan inoculation atau variolation, khasnya melibatkan penyakit smallpox. Penyakit itu sendiri, sudah pupus!

Hakikatnya, semua kaedah-kaedah tersebut, yang asalkan prinsipnya mencetuskan imuniti spesifik buatan, itu kita namakan vaccination.

Kita tidak hairan apabila mereka sendiri tak tahu membezakan istilah ini. Makan buah kurma pun mereka label antibiotik, minum susu ibu mereka katakan vaksinasi. Mereka main baham rambang sahaja, tanpa mengetahui apa itu antibiotik, apa itu vaksin.

TETAPI

Jika benar mereka kata “itu variolation, bukan vaccination!”, maka kita tanya kembali kembali kepada mereka,

“Kalau macam tu, jomlah kita variolation kan anak puan!”

Kita boleh balik ke zaman pertengahan tersebut, mengambil sendiri nanah mentah-mentah dari luka, masukkan ke tubuh badan anak mereka. Itu proses variolation yang diamalkan di zaman Turki Uthmaniyah.

Dan tentulah, mereka akan menolak juga. Hakikatnya, mereka hanya beralasan sahaja. =)

“Variolation kills an estimated 1 in 100 patients: good odds, if your only other choice is to suffer through an epidemic killing up to 1 in 3 of its victims.”

Gambar tambahan ;

Sejarah dari Tanah Melayu kita sendiri. Datuk nenek kita dahulu, diwajibkan untuk “ditanam cacar” (divaksin) bagi mencegah penyakit smallpox. Kegagalan berbuat demikian, boleh dikenakan denda.

Mungkin dah tiba masanya kita melakukan undang-undang yang sama, pada zaman kini.

Be the first to comment on "Sejarah Kewujudan Vaksin Dan Kegunaan Kepada Manusia Sejagat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*